TEROBEK SEPETANG BERSAMA TIM KUNING HNB

Kualiti time sesi Ukhwah TIM KUNING HNB Husna Nasi Berlauk Air Dingin HQ amat penting untuk kami teruskan perjuangan di hari2 mendatang yang pastinya lebih mencabar.
.
Kami sentiasa memberi ruang & peluang sama2 berkongsi rezeki. Moga halatuju Visi & Misi selari walaupun mempunyai pendapat berbeza.
.
Dalam perniagaan, pelbagai cabaran.
Bukan semuanya mudah. Boleh dikatakan seperti naik rollercoaster, perniagaan anda turun naiknya. Kadang kala terasa nak muntah, loya dan pening pun ada. Tapi masih menyeronokkan!
.
Turun naik perniagaan ini akan menjadi amat sukar bagi mereka yang tidak SABAR, terutamanya ketika turun yang banyak dan selalu, dan naiknya sedikit-sedikit.
.
Ternayata Hidup ini tidak lepas dari diuji oleh sikap-sikap manusia sekeliling kita. Suami, isteri, anak-anak, rakan, saudara dan orang luar. Percayalah mereka adalah sumber pahala kita, mereka juga boleh jadi penyebab dosa untuk kita.
.
Justeru, bagi terus mampu depani ujian,teguhkan iman dengan solat berkualiti. Nescaya kita lebih mampu bersabar, bertahan, redha, pasrah dan diberi ilham menyelesaikan apa jua masalah sebaiknya. Insha Allah
.
Nampak TIM KUNING - INGAT HNB Husna Nasi Berlauk Air Dingin HQ

Comments

Popular posts from this blog

HNB ke GERMAN !

Kisah Benar: Rezeki 4 Angka untuk Kerja Mudah Demi Kelangsungan Hidup

AKU KENA UBAH ! FAST ACTION, FAST RESULT !