CELAH-CELAH KEHIDUPAN

Sepanjang operasi TIM KUNING HNB, Mungkin hari ini kami dihadiahkan dengan ujian "KECIL" untuk kita yang mungkin ALPA.
.
Dengan ujian juga, kita dapat menilai diri kita sebenar.
.
Semua daripada kita pernah merancang & dari sekecil-kecil perancangan sehinggalah sebesar-besar perancangan.
.
Kita merancang apa kan kita lakukan selepas ini,
Kita merancang apa akan kita lakukan esok,
Kita merancang apa akan berlaku minggu depan,
Kita merancang untuk beberapa tahun akan datang,
Adakah kita benar-benar pasti segalanya akan berlaku seperti yang dirancang?
.
Ketahuilah,
Kita merancang, Allah juga merancang, Dan Allah adalah sebaik-baik perancang-Nya.
.
Kita hanya merancang dan Allah penentu segalanya.
.
Aturan Allah itu jauh lebih baik daripada apa yang kita rancang. Kita cuma hambaNya yang kerdil. Janganlah sesekali kita "MARAH: & berputus asa dengan ape yang berlaku. Teruslah teguh berdiri megharap rahmat daripadaNya.
.
"...Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya orang yang berputus asa dari rahmat Allah, hanyalah orang-orang kafir." ( Yusuf, 12:87)
.
Setiap perkara yang terjadi, pasti ada hikmah yang tersembunyi!
.
Walaupun perkara pahit menimpa, walaupun perkara menyakitkan menjenguk, walaupun perkara sedih datang menyapa. Walau perkara buruk berlaku. Percayalah, akan ada manis di akhirnya.
.
Redha dan terimalah setiap ketentuan Ilahi itu dengan hati yang terbuka dan yakinlah susunan Allah sentiasa yang terbaik buat kita semua.
.
Didalam setiap perancangan itu,sertakanlah dengan doa pada Allah. Redha lah apa yang berlaku andai ia tidak seperti yang dirancang. Terimalah setiap ketentuan Ilahi. Yakinlah, susunan Allah sentiasa yang terbaik buat hamba-hambaNya. Allah tidak akan mengatur sesuatu yang sia-sia, semuanya bersulam hikmah yang sangat halus dan sangat hebat!
.
" ..boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah 2:216)
.
Allahu'alam.
.
Perancangan itu perlu, ttp ia tidak semestinya berlaku. Allah lebih tahu
.
JANGANLAH KITA MEMPERSOALKAN RAHSIA ALLAH
.
MUHASABAH DIRI & PERBANYAKKAN SABAR !





Comments

Popular posts from this blog

HNB ke GERMAN !

Kisah Benar: Rezeki 4 Angka untuk Kerja Mudah Demi Kelangsungan Hidup

AKU KENA UBAH ! FAST ACTION, FAST RESULT !